Ajaib,pertolongan Allah untuk Gaza…

 ikan pari palestin

     ‘ALHAMDULILLAH’.Itu adalah ungkapan yang diucapkan penduduk dan kumpulan nelayan di pantai Bandar Gaza,Palestin,apabila puluhan ekor ikan pari spesies Mobula terdampar,sekali gus menjadi sumber protein buat mereka.

      Menurut seorang nelayan tempatan,Mohammad al-Yusof,kejadian pari terdampar di pantai adalah yang pertama sejak ia pernah berlaku pada enam tahun lalu.

“ Ikan ini mampu mencapai berat lebih 76 kilogram (kg) dan kami pernah menjualnya kira-kira 5 shekels (RM4.22) setiap setengah kg di pasar tempatan. “Kami juga percaya ia adalah rezeki daripada Allah SWT,”kata al-Yusof.

Lapor agensi berita Ma’an,kumpulan pari Mobula itu mampu membesar sehingga saiz 5.2 meter dan kelihatan sama  dengan pari sepsies Manta yang cukup terkenal di Gaza.Sementara itu,pakar ikan pari dunia daripada Kolej Santa Junior,California,Bob Rubin berkata,pari dari keluarga Mobula ini mengembara bersama kumpulan hidupan akuatik sangat besar selain mampu melompat dari dalam air ke udara.

 

ikan pari gaza 1

Pegawai polis tempatan ini memerhati kejadian yang dianggap pelik tetapi rezeki buat mereka

“Spesies hidupan laut ini amat menarik.Malah.Kejadian kumpulan besar pari Mobula terdampar di pinggir pantai dalam jarak tempoh tertentu adalah sangat pelik. “Selama saya mengkaji corak hidup pari Mobula di Telok California,saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

“Berdasarkan kesan luka pada sirip sebahagian besar ikan pari ini,ia berkemungkinan berlaku disebabkan insiden dilanggar bot,batu karang,pasir atau berlanggar satu sama lain sewaktu hidupan laut ini mengembara dalam kelompok yang banyak,” kata Rubin.

 

ikan pari gaza

ikan pari 2

 Para nelayan melakukan proses memotong dan mengagihkan ikan-ikan pari untuk di bawa ke pasar untuk dijual

 

Beliau juga tidak menolak pencemaran bunyi atau isyarat elektrik menjadi punca menyebabkan kumpulan pari itu terdampar di tepi pantai. “Jika diberi kesempatan,saya akan menjalankan autopsi segera bagi mengetahui punca sebenar terdamparnya spesies Mobula di tepi pantai Bandar Gaza,”katanya.-MailOnline Sumber (Sinar harian).

Apaun bagi kita sebagai umat islam,percaya semua yang berlaku adalah satu pertolongan dari Allah,kejadian mamcni nampak pelik,tapi sebenarnya anugerah yang tak ternilai daripada Allah.kita semua tahu sekarang umat islam di Gaza di tindas begitu teruk,sehingga banyak kemusnahan yang berlaku sehingga hilang punca makanan mereka.Mereka menjadi pelarian dan tempat mereka tidak selamat,mereka sentiasa menunggu bantuan sumber makanan dari mana-mana pihak.Tapi Allah ada dan dia dekat dengan kita.Dia boleh beri apa sahaja dan tarik apa sahaja yang dia suka.

Maka kejadiaan ini menunjukkan pengajaran kepada kita bahawa  pertolongan Allah yang jelas untuk umat islam yang ditindas di Gaza.Ini adalah bukti-bukti tanda kebesaran Allah,kita sebagai umat islam perlu berdoa untuk mereka dan menghulurkan bantuan kepada meraka.Ingatlah mereka juga saudara kita,mereka memerlukan pertolongan dari kita.Cuba bayangkan apa yang terjadi pada mereka berlaku pada kita…Renung-renungkanlah..

Share Button

Incoming search terms:

  • pertolongan allah di gaza
Share

One Response to Ajaib,pertolongan Allah untuk Gaza…

  1. Bedak Arab says:

    Pertolongan Allah ada inyallah datang,cuma kita saja perlu meminta, Allah x tidak akan zalim pada hambanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>