Coretan buat kaum ADAM

coretan buat kaum adam

Wahai kaum Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku
adalah kaum Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga
dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah
jika
perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau
terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
wahai kaum Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
bilangannya
dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia
kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, kaum Adam sama kaum Adam
bermusuhan
kerana kaum Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman
cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang
Allah
yang mengharuskan kaum Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih
dari
empat pada satu waktu.
wahai kaum Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan
kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku
risau,
gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah
tahu
bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.  

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
wahai kaum Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum
lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati
dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. 

Tapi wahai kaum Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang
dari
jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap
dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, kaum Hawa telah lebih dari sepatutnya.
wahai kaum Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru,
itu
sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi
sekarang
diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang
menganggur
tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang
tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
wahai kaum Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya kaum Hawa terpesong, maka
kaum Adam
yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu wahai kaum ADAM? Ya! Ramai orang
berkata
jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
yang
tidak pandai mengajar! wahai kaum Adam kau selalu berkata, kaum Hawa memang degil,
tak
mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku
yang
dhaif ini wahai kaum Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu
terhadapku
sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah
kaum Adam melayani kaum Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah
akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
wahai kaum Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah
pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka
benarlah
aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku
kelebihan nafsu. 

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari
itu
wahai kaum Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa,
sering
aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad
ke
dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah. 

 

wahai kaum Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
masih
segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar,
maka
kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan
memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan

pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Share Button

Incoming search terms:

  • kaum adam dan hawa
  • coretan buat kekasih
  • wahai kaum adam
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>