Kisah Pengajaran…HAJAT PENGULI ROTI

hajat penguli roti

 

Imam Ahmad bin Hanbal dalam perjalanan untuk menuntut ilmu. Akhirnya,beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid.

Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.

“Ini bukannya tempat untuk tidur!” katanya.

Bukan salah penjaga masjid itu yang tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur.

Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian Imam Ahmad pun mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya. Akhirnya dia menghalau Imam Ahmad yang sudah berusia itu keluar dari kawasan masjid.

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasakan simpati kepada beliau. Lantas dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja dikedainya.

Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yang menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiring istighfar yang tidak henti-henti.

Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

“ Sejak bilakah engkau beristighfar seperti ini?” Tanya Imam Ahmad.

“ Allhamdulilllah tuan sejak lama dahulu.”

“ Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?”

Pantas dia menjawab: “Ya! Setiap hajat dan permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yang belum dimakbulkan, wahai tuan.”

“ Apakah itu?”

“ Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad Bin Hanbal, tetapi belum dipertemukan dengannya lagi!”

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata: “ Wahai saudara! Akulah Ahmad Bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu!”

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah rakamkan dalam Surah Nuh, ayat 10 – 12.

Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak antaranya :

  1. Allah akan menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
  2. Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.
  3. Allah akan menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka, sehingga mereka tidak pupus.
  4. Allah akan mengalirkan sungai berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan Al-Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yang kecil tetapi Allah memakbulkannya, berkat istighfar yang diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupannya, Allah telah memenuhi hajatnya.

 

 

Sumber : Majalah Solusi

JAM TANGAN TAWAF WANITA TERKINI DISINI :

Share Button
Share

One Response to Kisah Pengajaran…HAJAT PENGULI ROTI

  1. Nak mintak alamat bolew ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>