Presiden Termiskin di Dunia

mujica

 

 

Pada tanggal 1 mac 2010 Jose Mujica Al-Berto Cordano telah diberi mandat untuk memegang tampuk pimpinan sebagai presiden ke-40 Uruguay.Beliau dipilih oleh rakyat kerana sifatnya yang mesra rakyat dan seorang yang dermawan.

Ekoran sifatnya yang mesra rakyat dan dermawan itu,beliau bukan sahaja dikatakan telah menjadi sumber inspirasi kepada rakyatnya bahkan masyarakat dunia turut kagumi tingkah lakunya.sekali pandang,tentu ramai yang tidak menyangka beliau adalah Presiden Uruguay.Ini kerana,cara hidupnya sangat berbeza dengan pemimpin dunia lain.Tahukah anda,Jose Mujica hidup secara sederhana disebuah rumah usang dan dia hanya memandu kereta Volkswagen Beetle klasik yang dibelinya dengan harga rm6,023.

 

526108_4246506995763_1426413465_n

Lelaki berumur 78 tahun ini rela memilih untuk hidup sederhana disebuah rumah lading milik isterinya,Lucia Topolansky di Monte Video,ibu Negara Uruguay.Walaupun kerajaan telah menyediakan sebuah istana presiden yang serba-serbi mewah dan selesa buatnya,namun begitu beliau tetap memilih untuk tinggal dirumah ladang milik isterinya itu.

 

Imagen-Jose-Mujica-cultiva-arvejas-uruguay_ECMIMA20120909_0111_39

Mengikut kata Mujica,beliau berasa selesa tinggal dirumah ladang itu kerana rumahnya dikelilingi tanaman jagung dan bunga-bungaan yang diusahakan sendiri.Hidupnya seperti orang kampung.Menggunakan perigi sebagai sumber air.Dibelakang rumahnya pula tersidai kain di ampaian.Perkara itu langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang presiden sebuah negara.

Lantaran daripada itu,beliau digelar sebagai ‘presiden termiskin dunia’,disebabkan sifat pemurahnya yang sanggup mendermakan 90% daripada gaji bulanannya kepada golongan miskin dan ushawan kecil.Setiap bulan,pemimpin yang mesra rakyat ini hanya membelanjakan sebanyak rm2,500 sahaja daripada gajinya.Selebihnya dia akan dermakan kepada rakyatnya.

Jika pemimpin-pemimpin dunia lain diawasi pergerakan mereka oleh pasukan polis elit,namun tidak bagi Jose Mujica.Beliau hanya diawasi oleh dua orang anggota polis sahaja dan seekor anjing peliharaanya yang diberi nama Manuela.Hanya anjing kesayangannya inilah yang selalu menemani Jose mujica selain isterinya.

Sebenarnya apakah alasan Mujica memilih kehidupan sederhana seperti ini? Sebagai orang pertama Uruguay,beliau sepatutnya menikmati segala kemewahan seperti rumah besar,kereta mewah serta gaji dan elaun yang standing dangan jawatannya.

poor

Pada tahun 2010,ketika asetnya diumumkan harta kekayaannya hanya berjumlah rm3,014.Wang sebanyak itu hanya boleh digunakan untuk membeli sebuah kereta Volkswegen Beetle keluaran tahun 1987.

Selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan Negara Uruguay,kekayaan Mujica memang bertambah.Itupun setelah beliau menambah asset milik isterinya seperti tanah,beberapa buah traktor dan sebuah rumah.Ketika itu kekayaannya telah mencapai rm648,117.Jumlah tersebut masih dianggap miskin bagi seorang presiden.

Jelas Mujica,dia tidak berasa miskin walaupun gajinya hanya sebanyak rm2,500 sebulan,katanya gaji sebanyak itu sudahpun cukup baginya untuk meneruskan kehidupannya bersama isteri.Bagi beliau,sebenarnya orang miskin adalah mereka yang bekerja hanya untuk menjaga gaya hidup mewahnya dan selalu ingin lebih dalam kehidupannya.

Katanya lagi,hampir seluruh hidupnya dihabiskan dengan cara hidup sederhana.Ditambah dengan dirinya seorang pengamal diet vegetarian menyebabkan dia memilih menanam sendiri sayur-sayuran dikebunnya.Disamping dapat mengeluarkan peluh beliau juga dapat menjimatkan kos sara hidupnya.

1023

Aktivis kemanusiaan antarabangsa mengatakan corak kepimpinan Mujica amat telus.Beliau mengimplikasikan kehidupannya yang sederhana dengan cara yang sangat mudah.Melalui cara kehidupan yang serba sederhana,suka berbakti kepada alam,dan tidak mewujudkan jurang darjah dalam masyarakat walaupun bergelar pemimpin negara.Beliau menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada rakyatnya.Kehidupan presiden ke-40 Uruguay ini,banyak dipengaruhi oleh sejarah lampau perjalanan hidupnya.Berlatar belakang keluarga miskin,beliau belajar erti kehidupan.Keluarga sebelah ibu merupakan penghijrah yang datang dari Piemonte,Italy.Bapanya pula lahir dari keluarga petani.Pada tahun 1940,bapanya diisytiharkan muflis sebelum sempat menghembuskan nafas terakhirnya.

Bukan itu saja,sebelum beliau dilantik sebagai presiden,Mujica bergiat aktif dalam pergerakan pembebasan Kebangsaan Tupamaru (MLN-T).Disebabkan itu beliau ditangkap dan dihukum penjara selama 16 tahun pada tahun 1986.Dengan keadaan fizikal tempat tahanan yang buruk dan juga sering diasingkan dengan banduan lain,beliau merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya.

Justeru  pengalaman tersebut telah diadaptasikan kedalam system pemerintahannya.Lantaran itu beliau telah menjadi seorang pemimpin yang disayangi rakyat Uruguay.Corak pemerintahan yang tulus,dermawan,mesra rakyat,hidup sederhana, dan tidak menggunakan harta negara untuk tujuan peribadi menyebabkan beliau telah dianggap seorang legenda rakyat Uruguay.

 U363P886T1D17958F12DT20120624083306

 

Sumber : Majalah Infinity

 

 

 

 

 

JAM TANGAN TAWAF WANITA TERKINI DISINI :

Share Button
Share

One Response to Presiden Termiskin di Dunia

  1. boleh dijadikan teladan dan ikutan..terima kasih sudi tulis panjang2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>