Rabiatul Adawiyah

seorang wanita yang solehah dan mulia

بسم الله الرحمن الرحيم

Beliau juga biasa dipanggil Ummul-Khair binti Ismail. Beliau seorang wanita terpandang yang mulia, menjadi peribadi wanita yang menonjol di kalangan wanita-wanita solehah, ahli ibadat, wara’ dan zuhud.

Para ulama dan orang yang bertaqwa biasa mengunjunginya, kerana dengan melihat kebaikan, ketaqwaan dan ibadah yang banyak dilakukannya, mereka dapat memperoleh ketenteraman bagi jiwa mereka dan mengingatkan mereka kepada Allah.

 

Benar, itulah dia rabi’ah Al-Adawiyah, yang kerana takdir Allah beliau pernah jatuh ke tangan sorang lelaki zalim sebagai tawanan. Beliau ditahan dalam jangkawaktu yang lama, lalu dijual kepada lelaki lain yang tidak kalah kasarnya dari lelaki sebelumnya. Tetapi beliau sabar dan tetap dalan kesabarannya sehingga akhirnya Allah membebaskan beliau dari kesulitannya itu.

Beliau telah menghabiskan hidupnya untuk beribadah, membimbing dirinya ke arah kebaikan dan ketaqwaan. Beliau merupakan manusia teladan dikalangan wanita-wanita muslimah, mukminah, ahli ibadah, zuhud dan tawadhu’.

 

Cinta kepada Allah S.W.T adalah cetusan dari perasaan cinta dan rindu yang mendalam kepadaNya. Rabiatul Adawiyah seorang wali, beliau berkata:”Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana takut kepada neraka…bukan pulak ingin masuk syurga, tetapi aku mengabdi kerana cintaku dan rinduku kepadaNya” dan Dan” Tuhanku jika kupuja Engkau kerana takut pada neraka, bakarlah aku di dalamnya, dan jikaku puja Engkau kerana mengharapkan syurga, jauhkanlah aku daripadanya, tetapi jika Engkau ku puja semata-mata kerana Engkau maka janganlah sembunyikan kecantikanMu yang kekal dariku.”

 

Perasaan cinta yang telah meresap ke dalam lubuk hati Adawiyah menyebabkan dia mengorbankan seluruh hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Cinta Adawiyah kepadaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna seperti yang disenandungkan dalam syairnya:

 

aku mencintai-mu

dengan dua cinta

cinta kerana diriku

dan cinta kerana diri-Mu

cinta kerana diri-Mu

adalah keadaanku sentiasa

mengingati-Mu

cinta kerana diri-Mu

adalah lantaran keadaan-Mu

menyingkap tabir hingga

Engkau kulihat.

 

Cinta kepada Allah S.W.T memenuhi jiwa Adawiyah sehingga dia menolak setiap lamaran. Dia mensyaratkan sesiapa yang hendak mengahwininya harus meminta izin kepadaNya.

 

Ketika seseorang bertanya: “Apakah engkau benci pada syaitan?” Dia menjawab: “Tidak, cintaku kepada Tuhan tidak meninggalkan ruang kosong dalam diriku untuk rasa benci pada syaitan.” Ketika ditanya pula cintanya kepada Nabi Muhammad S.A.W, Adawiyah menjawab: “Aku cinta kepada Nabi S.A.W tetapi cintaku kepada khalik memalingkan diriku dari cinta kepada makhluk.”

 

Ketika ajalnya hampir tiba, beliau memanggil pembantunya dan berkata kepadanya, “Jangan kematianku ini menyusahkanmu. Kafanilah aku dengan jubahku ini.”

 

Maka setelah meninggal dunia, jasadnya dikafani dengan jubahnya dan kain tudung yang diperbuat dari bulu domba yang biasa dipakainya, lalu beliau dikuburkan di Baitul Maqdis pada tahun 135H. Allah merahmati Rabi’ah Al-Adawiyah dan menerimanya di sisiNya dalam golongan para penghuni syurga.

 

 

Oleh : Prof. Dr. Mohd Hilmy Shaari Al-Azhari

B.A Al-Azhar, Fakulti Usuluddin (Akidah & falsafah )

M.A Cairo University, Egypt

PHD Manchester University, Uk

Share Button
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>