Rentetan Video Bayi Yang Tersangkut Dalam Saluran Najis

    gmabr bayi tersangkut

 

TIADA UNSUR JENAYAH: POLIS

IBU BAYI YANG TERSANGKUT DALAM PAIP TANDAS TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN.

Insiden seorang bayi yang baru lahir terjatuh ke paip tandas di China disahakn berlaku akibat kemalangan dan ibunya tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Seorang Pegawai Kanan Polis berkata, selepas siasatan dijalankan pihak berkuasa tidak menemui sebarang unsure jenayah disebalik kejadian itu. “ Keputusan siasatan menunjukkan kejadian itu tidak disengajakan,” katanya. Dalam kejadian sabtu lalu, seorang wanita berusia 22 tahun bersalin di dalam tandas selepas merahsiakan kehamilannya akibat hubungan luar nikah.

Bagaimanapun, bayi itu terjatuh ke dalam tandas dan tersangkut dalam paip. Anggota bomba dan doctor di Bandar Jinhua di wilayah Zhejiang bertungkus lumus hamper sejam bagi memotong sedikit demi sedikit saluran selebar 1o sentimeter itu menggunakan playar dan gergaji bagi menyelamatkan bayi berkenaan. Media melaporkan, bayi itu tersangkut disitu bersama urinya. Insiden itu mengundang ratusan ribu komen di laman social Weibo dengan semua pengguna mendoakan kesejahteraan bayi seberat 2.3 kilogram itu. Dari tempoh dia ditemui sehingga dikeluarkan, bayi terbabit berada di dalam saluran tandas berkenaan selama 2 hingga 3 jam. Bayi itu mengalami sedikit luka pada muka dan badannya.

Dia kemudian di tempatkan dalam Inkubator di hospital Pujiang. Media melaporkan, jururawat di hospital itu menggelarnay sebagai “ bayi no. 59” sempena nombor pada incubator berkenaan. Sementara itu, pengarah hospital, Wu Xinhong berkata, bayi terbabit kini dalam keadaan sihat dan sedia untuk di bawa pulang. “ keaddannya baik tetapi tiada waris yang tampil untuk mengambilnya, “ katanya. Polis pula berkata, ibu bayi itu kini dalam keadaan kritikal kerana komplikasi akibat kelahiran itu, manakala pasangannya masih di cari.

 

Sumber : Metro

 

Video bayi tersangkut dalam saluran najis :

757160_365889516845757_1334476566_n

Share Button
Share

One Response to Rentetan Video Bayi Yang Tersangkut Dalam Saluran Najis

  1. PerenLee says:

    Semoga bayi tu dapat membesar dengan sihat bersama ibunya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>