Terima Kasih AYAH…

kasih ayah

 

AYAH mungkin tidak banyak bercakap,
Tetapi setiap patah yang dituturkan untuk kita adalah demi masa depan kita.

AYAH mungkin banyak habiskan masa dengan meninggalkan kita dan keluar bekerja,
Tetapi dia bekerja seluruh masa hidupnya untuk menyempurnakan hidup kita…

AYAH selalu korbankan cita rasanya dengan belikan makanan mengikut kesukaan anak-anak,
Dan biasanya akan menghabiskan lebihan yang anak-anak tinggalkan…

AYAH kurang masa berada di sebelah kita dan memanjakan kita ketika sakit,
Tetapi sebenarnya tidak lena tidur semalaman,bimbang kalau berlaku kecemasan…

AYAH sangat sedih ketika menghantar kita pertama kali ke asrama,
Kerana menyedari betapa telah bermula anak-anak tidak lagi memerlukannya setiap masa…

AYAH biasanya akan berkata “cuba Tanya mak!”
Ketika dia tidak sampai hati untuk berkata “tidak!”…

AYAH juga barangkali kadang-kadang garang,
Tetapi itulah cara fitrah seorang ayah menzahirkan kasih sayangnya…dengan caranya…

AYAH benar-benar gembira bila berjaya membantu anak-anak gembira,
Tetapi dia sangat sukar untuk meminta bantuan anak-anak…

AYAH mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu,
Tetapi dia membantu mencarinya,demi untuk anak-anak…

AYAH berasa sangat bermaruah dan terasa dihargai ketika dia melihat anak-anak melakukan
Sesuatu mengikut nasihat atau jejak langkah seperti caranya…

AYAH akan lebih berbangga dengan kejayaan anak-anak,
Daripada kejayaannya sendiri…malah ayah tidak pernah rasa malu dengan kegagalan silamnya,dengan sayarat anak-anaknya berjaya…

AYAH hanya akan bersalam dan barangkali membiarkan kita mencium tangannya ketika pertama kali kita meninggalkan rumahnya,
Kerana kalau sampai ia memeluk kita,mungkin dia tidak akan melepaskannya…

AYAH akan mudah melupakan apa yang dia inginkan,
Semata-mata jika ada untuk memenuhi apa yang kita inginkan…

AYAH tidak cuba menjadi yang terbaik,
Tetapi dia hanya cuba melakukan yang terbaik untuk kita…

AYAH juga bukanlah seorang yang kaya,
Tetapi dia tidak pernah berasa miskin kerana hidupnya sentiasa terisid dengan anak-anak…

AYAH barangkali tidak perlukan ubat ketika sakit,
Tetapi anak-anak yang mengelilinginya sangat bermakna untuk dirinya menjadi kuat melawan sakitnya…

AYAH tidak pernah menghalang kita untuk mencintai Allah,
Bahkan dia akan berusaha agar kita menjadi soleh dan mencintai Allah lebih daripada mencintai dirinya,kerana dia pun mencintai kita keranaNya…

Terima Kasih Ayah…
Saya Sayang Ayah…

Sumber : Majalah i

 

 

Jom Tengok Koleksi Jam Tangan Pusing Tawaf disini :


Jom Tengok Koleksi Jam Tangan Pusing Tawaf

Share Button

Incoming search terms:

  • kasih ayah
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>