Tonton porno ! jika tidak aku ceraikan kamu.

dera isteri

   Solehah menangis-nangis dipaksa suami menonton filem porno kerana bimbang diceraikan.Memikirkan anak-anak masih yang masih kecil memerlukan kasih saying ayah dan tidak mahu perkara buruk berlaku dia turutkan juga.Malam itu berdebar-debar kencang jantungnya memikirkan anak-anak semua suadah tidur dan dia terpaksa menemani suami menonton filem.
Bila suami mula membuka computer dia jadi tidak tentu arah,dia sudah hidup 35 tahun di muka bumi ini tapi belum pernah sekali pun tergerak untuk menonton filem seperti itu.Malah dia tidak tahu pun suaminya suka melihat filem seperti itu,sedangkan sembahyang tidak pernah tinggal.Meremang bulu roma apabila adegan pertama bermula.Rasa loya tekak mula membuak,mulut dikatup kerana hampir-hampir saja isi perutnya terkeluar tetapi ditahan juga.
Dia cuba bangun kerana tidak tahan lagi melihat perlakuan tidak senonoh tetapi tiba-tiba tangannya disentap suami.Solehah terpaksa duduk kembali di sebelah suaminya dengan perasaan yang kosong.Fikirannya melayang jauh berfikir antara dosa dan keutamaan menurut arahan suami serta kebimbangan diceraikan.Bimbang,ragu dan tidak pasti apa yang dilakukan berada pada landasan yang benar atau tidak.Sehinggalah cerita porno itu tamat dia tidak tahu apa-apa.
Pengerusi Maahad Tahfiz anak Yatim Darul Fuqaha,Mohd. Khairuddin Aman Razali At-Takiri,ada penjelasannya yang bersandarkan hadis dan al-Quran mengenai dilema yang melanda Solehah.Katanya haram menonton porno walau apa pun tujuannya.
Baginya isteri tidak wajib menurut perintah suami sekali pun dipaksa untuk menonton pornografi jika enggan akan diceraikan.Sebagaimana yang disebut di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat terhadap Pencipta.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ).
Di dalam hal ini menonton pornografi sama ada video,internet atau melalui telefon adalah haram.Jadi nasihatnya,isteri jangan terpedaya dengan ugutan malah isteri juga tidak perlu risau dituduh ingkar perintah suami.
Katanya lagi,talak secara taklik iaitu menggantungkan sesuatu talak dengan sesuatu perkara yang hanya boleh berlaku sekiranya tidak melibatkan perkara haram.Maka,dalam hal ini menggantungkan talak dengan paksaan menonton filem porno tidak akan membawa jatuhnya talak sekiranya isteri ingkar.

Sumber : Majalah Al-Islam

Share Button

Incoming search terms:

  • disentap suami orang
Share

One Response to Tonton porno ! jika tidak aku ceraikan kamu.

  1. Bedak Arab says:

    Semoga kita ambil pengajaran daripada cerita nie, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>